" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Misi SKDABB
Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda mengutamakan kecemerlangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan beramal seiring dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sejarah
Usaha penduduk kampung untuk mendirikan sekolah ini bermula pada 1957 diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Allahyarham Hj. Zainuri b. Hassan. Pada tahun 1961 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 3 buah bilik darjah dan beroperasi pada 1 Disember 1961. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham En. Mohd. Sharif b. Othman. Bilangan muridnya ialah 51 orang. Pada 7 April 1961 sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato’ Abu Bakar Baginda. Atas mengenang jasa baik beliau, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda. Kepadatan penduduk di kawasan ini menyebabkan bilangan murid bertambah pada tahun 1980. Sekali lagi AJK PIBG dan JKKK Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda telah bermesyuarat dan mengambil keputusan memohon bangunan tambahan. Pada 11 April 1982 satu upacara meletakkan batu asas telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB. Dato’ Hj. Suhaimi b. Dato’ Haji Kamaruddin. Alhamdulillah, pada 14 Mac 1984 bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina, terdiri daripada 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 perpustakaan, 2 bilik serbaguna, 1 bilik tayangan, 2 tandas, padang, pagar serta kemudahan asas seperti elektrik dan air. Kos kesemua ini berjumlah RM508,000.00. Guru Besar pada ketika itu ialah Allahyarham En. Abu b. Darmo. Disebabkan pembangunan yang pesat dari segi jumlah penduduk dan persekitaran maka bilangan murid bertambah dengan mendadak. Pihak sekolah bersama dengan PIBG telah memohon menaiktaraf bangunan yang sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke 8. Tambahan pula lokasi sekolah ini berada di pinggiran Pusat Pentadbiran Putrajaya. Projek pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 1996. Pada tahun 1997 pihak JKR telah menyerahkan bangunan tersebut secara rasminya kepada pihak sekolah. Bangunan tersebut mengandungi 12 bilik darjah, 1 makmal sains dan 2 tandas. Pada tahun 2003 sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik Prasekolah. Semenjak dibuka, enam orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Guru Besar sekarang merupakan Guru Besar ke tujuh telah bertugas di sekolah ini bermula Jun 2011.
Pemandangan Kawasan Sekolah